Tingkat 14, Wisma PKNK, Jalan Sultan Badlishah, Alor Setar

+604-729 7000

+604-731 2957

aduan@pknk.gov.my

UI elements & animations

Laman Web Rasmi PKNK

MAKLUMAT KORPORAT

MISI & VISI

Membina masa depan melalui komitmen, integriti dan inovasi.

VISI KAMI

Visi ini menggambarkan hasrat dan tekad PKNK untuk menjadi sebuah organisasi yang unggul di Negeri Kedah di dalam konteks pembangunan ekonomi negeri melalui bidang-bidang perniagaan dan segmen pelaburan yang diceburi

Ianya juga memperlihatkan komitmen organisasi untuk berubah menjadi sebuah organisasi profesional, strategik, inklusif dan berorientasikan prestasi tinggi sekaligus membolehkan PKNK dilihat sebagai sebuah entiti yang berwibawa dan disegani di peringkat tempatan mahupun nasional.

Ianya juga menunjukkan dengan jelas matlamat organisasi untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang makmur dan sejahtera melalui peningkatan aktiviti ekonomi, pewujudan peluang pekerjaan, perubahan lanskap geografi dan perkembangan sosial masyarakat baik di dalam mahupun diluar bandar selaras dengan slogan PKNK - Untuk Kemajuan Iktisad Rakyat (UKIR).

MISI KAMI

Menggiatkan usaha pembangunan ekonomi dan penerokaan peluang perniagaan bagi menjana pulangan melalui peningkatan kecekapan tadbir urus.